7 Selfie yang anda perlu elak

Artikel ini dipetik dari rakan kami TheSkop.com

Kamus Oxford mengiktiraf selfie sebagai ‘Perkataan Pilihan Tahun 2013′ yang pertama kali digunakan di Australia.

Namun berselfie, seperti mana tip-tip fotografi biasa yang ada had atau caranya. Kalau tidak kena pada tempat, selfie boleh bertukar tragedi.

BACA: Dah beli smartphone canggih? Main la game-game ni

Antara perkara yang anda perlu elakkan ketika berselfie termasuklah:

1. Membahayakan diri. Berselfie di atas bangunan tinggi, pada penjuru yang boleh menyebabkan anda jatuh ke bawah misalnya bukanlah dinamakan selfie tetapi mungkin ‘bodohfie’.


 

2. Refleksi kepada sesuatu yang lain. Dalam ilmu fotografi, tangkapan gambar yang ada pantulan imej anda seperti menangkap gambar pada cermin tepi kereta bukanlah ‘ciri’ fotografi sebenar jadi elakkannya.

 

3. Lokasi tidak bersesuaian. Contohnya? Di tengah jalan. Nampak saja jalan itu sunyi tetapi siapa sangka secara tiba-tiba kereta datang dari belakang. Malang kan tidak berbau.


 

4. Pose yang sama. Anda mungkin mempunyai 1,000 keping gambar selfie tetapi semuanya memaparkan imej sama, imej ‘muka itik’ kononnya. Pastilah membuatkan orang lain bosan melihatnya. Jadilah kreatif sikit.

 

5. Wefie. Ramai yang menyalahgunakan hashtag #selfie dengan rakaman ramai individu dalam satu gambar padahal selfie itu sendiri hanya untuk seorang. Ya, seorang dalam satu gambar.

6. Bukan anda yang memegang kamera/telefon. Sekiranya anda meminta orang lain menangkap gambar, itu bukan selfie. Harap maklum.

7. Jangan berselfie di Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM.



Reader Interactions

Leave A Reply


BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on